Thursday, April 22, 2010

JUARA RAKYAT

KE PADANG... KE LUARAH KITA RENTASI



KE GUNUNG... KE PUNCAK KITA BIMBINGI



JUARA WARGA, JUARA NUSA



TUGASAN KITA SEMUA





AMANAH... HARAPAN MENJAGA RAKYAT



DIPIKUL... DITANGGUNG KE AKHIR HAYAT



SETIAP RAKYAT, PERLU DI BELA



ITU PERJUANGAN KITA SEMUA





DEKATI RAKYAT DENGAN MESRA



SELAMI HASRAT DENGAN REDHA



TAK KIRA BANGSA TAK KIRA USIA



SEMUANYA 1 MALAYSIA





KITA JUARA RAKYAT



MENDUKUNG NIAT... BERBAKTI SETIA



WO MEN...MING ZHU YING XIONG



MEMBANTU RAKYAT SELESA HIDUPNYA



NAAM MAKKALIN VETRI YAALARGAL



MARI GENGGAM NIAT MURNI PEMIMPIN KITA



KITA ZAHIRKAN BARISAN NASIONAL





WE ARE THE PEOPLE'S CHAMPION



MENDUKUNG NIAT...BERBAKTI SETIA



KITAI...PEMENANG GHAYAT



MEMBANTU RAKYAT SELESA HIDUPNYA



ZIKOI NO, LAYAT NAKAHANTOI



MARI GENGGAM NIAT MURNI PEMIMPIN KITA



KITA ZAHIRKAN BARISAN NASIONAL



KITA JUARA RAKYAT





KITA JUARA RAKYAT



MENGUKUNG NIAT... BERBAKTI SETIA



KITA JUARA RAKYAT



MEMBANTU RAKYAT SELESA HIDUPNYA



KITA JUARA RAKYAT



MARI GENGAM NIAT MURNI PEMIMPIN KITA



KITA ZAHIRKAN BARISAN NASIONAL



KITA JUARA RAKYAT





KITA...JUARA...RAKYAT



KITA JUARA RAKYAT







Friday, February 5, 2010

GERBANG MALAM

MALAM TADI (5/2/2010) MERUPAKAN PERASMIAN PEMBUKAAN GERBANG MALAM DI BAGAN SERAI YG DIRASMIKAN OLEH TUAN DO DAERAH KERIAN

APA ITU GERBANG MALAM?
GERBANG MALAM MERUPAKAN KAWASAN PERNIAGAAN YANG BERKONSEPKAN PASAR MALAM. DIBUKA SETIAP MALAM KECUALI ISNIN MALAM. MENAWARKAN PELBAGAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN...

KALAU ANDA PERNAH KE GERBANG MALAM DI IPOH... KONSEPNYA LEBIH KURANG SAMA DI BAGAN SERAI... DATANG LA BERAMAI2 :)

Sunday, January 24, 2010

WARISAN

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


bait-bait lagu ini begitu jelas memaparkan perjuangan kita (PUTERI UMNO).
kita mungkin tidak setangkas /sehebat tentera untuk berjuang melawan musuh-musuh kita, tetapi kita ada kekuatan ilmu dan pengalaman untuk kita jadikan senjata melawan musuh...

tetapi seandainya, perjuangan kita yang ikhlas,jujur dan murni ini tidak diterima, malah dihina lagi.... tak kan kita nak biarkan bangsa kita terus dihina, ditindas....................

jadi, disini(melalui puteri umno) kita belajar tentang perjuangan bangsa, kita belajar sejarah dan kita perolehi nilai supaya kita kuat untuk mengharungi halangan dalam dunia mencabar ini

Thursday, January 21, 2010

macam taik

terkejut kak yong bila mana datuk ketua bahagian menceritakan tentang perangai seorang bakal pu3... dia mengatakan datuk janji "MACAM TAIK". peh...budak berumur 17 tahun boleh berkata sedemikian kepada seorang pemimpin.... dahsyat...rasanya budak ini tak puas hati sebab program lanjutan puteri lestari tu di tunda selepas cuti sekolah kot... bukan datuk tipu atau membatalkan apa yang telah dijanjikannya cuma pihak puteri bahagian terpaksa tunda ke 22hb ni disebabkan beberapa masalah yang tak dapat di elakan... kak yong rasa kalau budak ni duduk di tempat ajk pu3 bahagian dia akan tau bukan senang nak mengaturkan sesuatu program.... cakap main sedap mulut je...rasanya sia2 sahaja puteri bahagian mengadakan program pu3 lestari ari tu kalau ni impaknya...yang aku pelik tu... budak ni datangnya dari keluarga yang belatarbelakangkan keluarga berpendidikan agama yg kuat...tah la dunia akhir zaman. yg pasti budak tu bukan daripada cawangan kak yong... kak yong tau anak buah kak yong akan menjaga tatasusila sebagai seorang gadis/anak...

Sunday, August 16, 2009

PUTERI LESTARI

ANJURAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI
DENGAN KERJASAMA
JASA & BTN
DIRASMI OLEH
DATO' ZAILI BIN CHA
KETUA UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI
Tarikh:16 Ogos 2009
Bertempat: Dewan Komuniti Bagan Serai
Masa: 9.00pg - 5.00 ptg




















Penglibatan: Remaja Perempuan berusia dari 15-35thn dan ahli Pergerakan Puteri UMNO dari Cawangan-cawangan di Bahagian Bagan Serai.







Ceramah Pertama: Keterampilan Diri
Penceramah:
Puan Syarifah Nurhaniza Binti Syed Abdul Aziz
Pegawai JASA Larut Matang Selama
Ulasan:
Ceramah yang sangat berguna kepada peserta yang meningkat remaja dalam mencari identiti diri. Memberi pengetahuan bagaimana seorang remaja perempuan menjaga keterampilan diri budi bahasa dan sesusilaan. Mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat oleh seorang remaja. Memupuk semangat remaja agar menyayangi diri sendiri dan mencegah diri daripada terjebak dengan masalah sosial pada zaman ini. Apa yang dapat diperhatikan, penceramah berjaya menarik minat para peserta untuk menilai diri tahap mana prestasi diri mereka. dari maklum balas diperolehi daripada ceramah ini, para peserta amat menyukai cara penyampaian dan isi yang disampaikan...


Ceramah ke-2:
1 Malaysia dan cabaran
Penceramah:
En. Noorazni Bin Yahya
Biro Tatanegara
Ulasan:
Mengetengahkan aspirasi Perdana Menteri Malaysia Dato'Sri Najib Tun Razak iaitu 1 Malaysia,konsep dan perlaksanaannya.Mengingbau sejarah Malaysia dari ZamanKegemilangan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris,Jepun, Komunis sehinggalah Tanah Melayumencapai kemerdekaan. Menceritakan bagaimana penubuhan UMNO dan juga menerangkan natijah sekiranya kita tidak bersatu.
Ceramah Ke-3
Tatacara Pengendalian Majlis
Penceramah:
Tn Hj Abdul Majid Bin RamliTimbalan Pengarah JASA Perak.
Ulasan:
Satu sesi yang amat berguna kepada peserta kerana dapat berkongsi pengalaman dan pengetahui daripada seorang yang begitu berpengalam dalam menjadi pengacara majlis terutama dalammajlis yang melibatkan DYM Seri Sultandan pembesar negera. pencerama tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan mengetahuan yang yang dimiliki agar pelapis dapat dicungkil bakatnya dan diketengahkan. Para peserta mempelajari, protokol dan persiapan untuk menjadi pengacara majlis.










Tuesday, August 11, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI

TARIKH: 9 OGOS 2009
TEMPAT: SM TEKNIK KERIAN
PERASMIAN OLEH: DATO' SERI HUSNI B. HANAZLAH
Seperti bahagian-bahagian lain di Malaysia UMNO bahagian Bagan Serai tidak melepaskan peluang mengadakan MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI 2009. Cuaca pagi yang hujan tidak menghalang perwakilan menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.
Mesyuarat dirasmikan oleh Dato' Husni B. Hanazlah, Menteri Kewangan II, merangkap Bendahari UMNO Malaysia. Beliau memberikan suntikan semangat kepada ahli UMNO bahagian ini untuk meneruskan perjuangan UMNO dan memberi keyakian bahawa pada Pilihanraya yang Ke-13 Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO menawan semula Negeri Perak yang tercinta. Beliau juga memberi gambaran tentang Aspirasi 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Majlis Perasmian pada kali ini turut mengenang jasa Veteren UMNO dengan menyampaikan Cenderamata kenang-kenangan kepada mereka yang berjasa. antara yang hadir ialah Datuk Qamarul Zaman dan Dato' Zainal Abidin Zin.


Alhamdulillah, selepas Majlis Perasmian, mesyuarat diteruskan dengan pemilihan 7 orang wakil ke Perhimpunan UMNO di Kuala Lumpur. proses pengundian berjalan dengan lancar dengan bantuan daripada Perhubungan Negeri (Bahagian Larut) yang diketuai oleh YM Datuk Raja Ahmad.


Dalam agenda ucapan penangguhan, beberapa perwakilan memberi ucapan. antara pekara yang disentuh ialah:
1. Perpaduan UMNO
2. Kekalahan dalam PRU 12
3. Veteren UMNO
4. Isu jalan dan Tanah
5. dan hal-hal setempat yang lain..
Alhamdulillah, sepanjang penulis mengikuti mesyuarat ini, tidak ada perkara buruk yang berlaku.... jumpa lagi pada tahun hadapan.