Sunday, August 16, 2009

PUTERI LESTARI

ANJURAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI
DENGAN KERJASAMA
JASA & BTN
DIRASMI OLEH
DATO' ZAILI BIN CHA
KETUA UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI
Tarikh:16 Ogos 2009
Bertempat: Dewan Komuniti Bagan Serai
Masa: 9.00pg - 5.00 ptg




















Penglibatan: Remaja Perempuan berusia dari 15-35thn dan ahli Pergerakan Puteri UMNO dari Cawangan-cawangan di Bahagian Bagan Serai.







Ceramah Pertama: Keterampilan Diri
Penceramah:
Puan Syarifah Nurhaniza Binti Syed Abdul Aziz
Pegawai JASA Larut Matang Selama
Ulasan:
Ceramah yang sangat berguna kepada peserta yang meningkat remaja dalam mencari identiti diri. Memberi pengetahuan bagaimana seorang remaja perempuan menjaga keterampilan diri budi bahasa dan sesusilaan. Mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat oleh seorang remaja. Memupuk semangat remaja agar menyayangi diri sendiri dan mencegah diri daripada terjebak dengan masalah sosial pada zaman ini. Apa yang dapat diperhatikan, penceramah berjaya menarik minat para peserta untuk menilai diri tahap mana prestasi diri mereka. dari maklum balas diperolehi daripada ceramah ini, para peserta amat menyukai cara penyampaian dan isi yang disampaikan...


Ceramah ke-2:
1 Malaysia dan cabaran
Penceramah:
En. Noorazni Bin Yahya
Biro Tatanegara
Ulasan:
Mengetengahkan aspirasi Perdana Menteri Malaysia Dato'Sri Najib Tun Razak iaitu 1 Malaysia,konsep dan perlaksanaannya.Mengingbau sejarah Malaysia dari ZamanKegemilangan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris,Jepun, Komunis sehinggalah Tanah Melayumencapai kemerdekaan. Menceritakan bagaimana penubuhan UMNO dan juga menerangkan natijah sekiranya kita tidak bersatu.
Ceramah Ke-3
Tatacara Pengendalian Majlis
Penceramah:
Tn Hj Abdul Majid Bin RamliTimbalan Pengarah JASA Perak.
Ulasan:
Satu sesi yang amat berguna kepada peserta kerana dapat berkongsi pengalaman dan pengetahui daripada seorang yang begitu berpengalam dalam menjadi pengacara majlis terutama dalammajlis yang melibatkan DYM Seri Sultandan pembesar negera. pencerama tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan mengetahuan yang yang dimiliki agar pelapis dapat dicungkil bakatnya dan diketengahkan. Para peserta mempelajari, protokol dan persiapan untuk menjadi pengacara majlis.










Tuesday, August 11, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI

TARIKH: 9 OGOS 2009
TEMPAT: SM TEKNIK KERIAN
PERASMIAN OLEH: DATO' SERI HUSNI B. HANAZLAH
Seperti bahagian-bahagian lain di Malaysia UMNO bahagian Bagan Serai tidak melepaskan peluang mengadakan MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI 2009. Cuaca pagi yang hujan tidak menghalang perwakilan menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.
Mesyuarat dirasmikan oleh Dato' Husni B. Hanazlah, Menteri Kewangan II, merangkap Bendahari UMNO Malaysia. Beliau memberikan suntikan semangat kepada ahli UMNO bahagian ini untuk meneruskan perjuangan UMNO dan memberi keyakian bahawa pada Pilihanraya yang Ke-13 Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO menawan semula Negeri Perak yang tercinta. Beliau juga memberi gambaran tentang Aspirasi 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Majlis Perasmian pada kali ini turut mengenang jasa Veteren UMNO dengan menyampaikan Cenderamata kenang-kenangan kepada mereka yang berjasa. antara yang hadir ialah Datuk Qamarul Zaman dan Dato' Zainal Abidin Zin.


Alhamdulillah, selepas Majlis Perasmian, mesyuarat diteruskan dengan pemilihan 7 orang wakil ke Perhimpunan UMNO di Kuala Lumpur. proses pengundian berjalan dengan lancar dengan bantuan daripada Perhubungan Negeri (Bahagian Larut) yang diketuai oleh YM Datuk Raja Ahmad.


Dalam agenda ucapan penangguhan, beberapa perwakilan memberi ucapan. antara pekara yang disentuh ialah:
1. Perpaduan UMNO
2. Kekalahan dalam PRU 12
3. Veteren UMNO
4. Isu jalan dan Tanah
5. dan hal-hal setempat yang lain..
Alhamdulillah, sepanjang penulis mengikuti mesyuarat ini, tidak ada perkara buruk yang berlaku.... jumpa lagi pada tahun hadapan.








Sunday, August 9, 2009

SATU LAGI PENGHINAAN

berita ini terima melalui facebook datuk Khusairi Talib...

WANGSA SETIA: SIALAN DAPSY LOKE HINA SULTAN PULA
SETELAH PUAS menghina agama Islam dan pendakwah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah, kini Ketua Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY), Loke Siew Fook di dalam blognya The Might of Pen dengan penuh kebiadaban menghina ...
SETELAH PUAS menghina agama Islam dan pendakwah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah, kini Ketua Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY), Loke Siew Fook di dalam blognya The Might of Pen dengan penuh kebiadaban menghina pula DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda Perak dengan kata-kata 'nyanyuk' dan 'menanti untuk menjadi ahli neraka'.


anda juga boleh melayari : http://74.125.153.132/search?q=cache:zo10B9Kw6jAJ:sjsandteam.wordpress.com/2009/06/11/azlan-the-king-cobra-of-perak/+Nazrin+the+son+of+the+senile+ruler+of+Perak,+take+no&cd=2&hl=en&ct=clnk kalau msg ni tak padam lagi la...

ini menunjukaan bahawa DAP sudah berani bermain dengan api. menghina Sultan kita yang menjadi payung negeri... tetapi saudara kita dari parti PAS sedikit pun tidak mengulas hal ini. sedih! sedih!

tak cukup dengan itu mereka Ketua Pemuda DAP mencerca dan memaki hamun pendakwah Dr. Ridhuan Tee Abdullah? Adakah dia tidak tahu isu ini?

....http://khusairitgmalim.blogspot.com/2009/08/respek-yb-zul-hentam-dapsy.htmlatau di sini :http://khusairitgmalim.blogspot.com/2009/08/sialan-dapsy-loke-hina-sultan-pula.html

pelik kan... penyokong parti Pas sedikit pun tidak tercuit dengan hal ni....

fikir-fikirkan, siapa yang patut di bela n siapa yang takut ditentang

1 MALAYSIA

" 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia."

Thursday, August 6, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO


TARIKH: 1 OGOS 2009
TEMPAT: SM TEKNIK KERIAN
PERASMIAN: DATUK ROSNAH (KETUA WANITA UMNO PERAK)

mesyuarat berjalan dengan lancar sekali tanpa ada kacau bilau yang berlaku, tapi malangnya 3 orang wakil alor pongsu tidak dapat hadir untuk mesyuarat kali ini oleh disebabkan oleh masalah yang tak dapat dielakan. apa yang dapat di perhatikan, para perwakilan sudah ramai yang berani bangun melontarkan pendapat dan kritikan untuk kebaikan bersama. kepada PU3 UMNO bahagian Bagan Serai, Tahniah Diucap kan...








HARI KANTIN SK ALOR PONGSU

TARIKH: 25 JULAI 2OO9
LOKASI: SK ALOR PONGSU

SKAP sekali lagi menganjurkan aktiviti hari kantin bagi mengeratkan silatulrahim antara ibu bapa pelajar dan penduduk setempat. selain gerai jualan, PIBG sekolah dengan kerja sama dengan KEMAS mengadakan pertandingan Gubahan Gula-Gula yang telah dihakimi oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Alor Pongsu.. Pelbagai kretifiviti dapat di pamirkan dalam pertandingan ini. kepada pemenang, tahniah diucapakan .