Tuesday, August 11, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI

TARIKH: 9 OGOS 2009
TEMPAT: SM TEKNIK KERIAN
PERASMIAN OLEH: DATO' SERI HUSNI B. HANAZLAH
Seperti bahagian-bahagian lain di Malaysia UMNO bahagian Bagan Serai tidak melepaskan peluang mengadakan MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI 2009. Cuaca pagi yang hujan tidak menghalang perwakilan menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.
Mesyuarat dirasmikan oleh Dato' Husni B. Hanazlah, Menteri Kewangan II, merangkap Bendahari UMNO Malaysia. Beliau memberikan suntikan semangat kepada ahli UMNO bahagian ini untuk meneruskan perjuangan UMNO dan memberi keyakian bahawa pada Pilihanraya yang Ke-13 Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO menawan semula Negeri Perak yang tercinta. Beliau juga memberi gambaran tentang Aspirasi 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Majlis Perasmian pada kali ini turut mengenang jasa Veteren UMNO dengan menyampaikan Cenderamata kenang-kenangan kepada mereka yang berjasa. antara yang hadir ialah Datuk Qamarul Zaman dan Dato' Zainal Abidin Zin.


Alhamdulillah, selepas Majlis Perasmian, mesyuarat diteruskan dengan pemilihan 7 orang wakil ke Perhimpunan UMNO di Kuala Lumpur. proses pengundian berjalan dengan lancar dengan bantuan daripada Perhubungan Negeri (Bahagian Larut) yang diketuai oleh YM Datuk Raja Ahmad.


Dalam agenda ucapan penangguhan, beberapa perwakilan memberi ucapan. antara pekara yang disentuh ialah:
1. Perpaduan UMNO
2. Kekalahan dalam PRU 12
3. Veteren UMNO
4. Isu jalan dan Tanah
5. dan hal-hal setempat yang lain..
Alhamdulillah, sepanjang penulis mengikuti mesyuarat ini, tidak ada perkara buruk yang berlaku.... jumpa lagi pada tahun hadapan.








No comments:

Post a Comment