Sunday, August 16, 2009

PUTERI LESTARI

ANJURAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI
DENGAN KERJASAMA
JASA & BTN
DIRASMI OLEH
DATO' ZAILI BIN CHA
KETUA UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI
Tarikh:16 Ogos 2009
Bertempat: Dewan Komuniti Bagan Serai
Masa: 9.00pg - 5.00 ptg




















Penglibatan: Remaja Perempuan berusia dari 15-35thn dan ahli Pergerakan Puteri UMNO dari Cawangan-cawangan di Bahagian Bagan Serai.







Ceramah Pertama: Keterampilan Diri
Penceramah:
Puan Syarifah Nurhaniza Binti Syed Abdul Aziz
Pegawai JASA Larut Matang Selama
Ulasan:
Ceramah yang sangat berguna kepada peserta yang meningkat remaja dalam mencari identiti diri. Memberi pengetahuan bagaimana seorang remaja perempuan menjaga keterampilan diri budi bahasa dan sesusilaan. Mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat oleh seorang remaja. Memupuk semangat remaja agar menyayangi diri sendiri dan mencegah diri daripada terjebak dengan masalah sosial pada zaman ini. Apa yang dapat diperhatikan, penceramah berjaya menarik minat para peserta untuk menilai diri tahap mana prestasi diri mereka. dari maklum balas diperolehi daripada ceramah ini, para peserta amat menyukai cara penyampaian dan isi yang disampaikan...


Ceramah ke-2:
1 Malaysia dan cabaran
Penceramah:
En. Noorazni Bin Yahya
Biro Tatanegara
Ulasan:
Mengetengahkan aspirasi Perdana Menteri Malaysia Dato'Sri Najib Tun Razak iaitu 1 Malaysia,konsep dan perlaksanaannya.Mengingbau sejarah Malaysia dari ZamanKegemilangan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris,Jepun, Komunis sehinggalah Tanah Melayumencapai kemerdekaan. Menceritakan bagaimana penubuhan UMNO dan juga menerangkan natijah sekiranya kita tidak bersatu.
Ceramah Ke-3
Tatacara Pengendalian Majlis
Penceramah:
Tn Hj Abdul Majid Bin RamliTimbalan Pengarah JASA Perak.
Ulasan:
Satu sesi yang amat berguna kepada peserta kerana dapat berkongsi pengalaman dan pengetahui daripada seorang yang begitu berpengalam dalam menjadi pengacara majlis terutama dalammajlis yang melibatkan DYM Seri Sultandan pembesar negera. pencerama tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan mengetahuan yang yang dimiliki agar pelapis dapat dicungkil bakatnya dan diketengahkan. Para peserta mempelajari, protokol dan persiapan untuk menjadi pengacara majlis.










Tuesday, August 11, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI

TARIKH: 9 OGOS 2009
TEMPAT: SM TEKNIK KERIAN
PERASMIAN OLEH: DATO' SERI HUSNI B. HANAZLAH
Seperti bahagian-bahagian lain di Malaysia UMNO bahagian Bagan Serai tidak melepaskan peluang mengadakan MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI 2009. Cuaca pagi yang hujan tidak menghalang perwakilan menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.
Mesyuarat dirasmikan oleh Dato' Husni B. Hanazlah, Menteri Kewangan II, merangkap Bendahari UMNO Malaysia. Beliau memberikan suntikan semangat kepada ahli UMNO bahagian ini untuk meneruskan perjuangan UMNO dan memberi keyakian bahawa pada Pilihanraya yang Ke-13 Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO menawan semula Negeri Perak yang tercinta. Beliau juga memberi gambaran tentang Aspirasi 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Majlis Perasmian pada kali ini turut mengenang jasa Veteren UMNO dengan menyampaikan Cenderamata kenang-kenangan kepada mereka yang berjasa. antara yang hadir ialah Datuk Qamarul Zaman dan Dato' Zainal Abidin Zin.


Alhamdulillah, selepas Majlis Perasmian, mesyuarat diteruskan dengan pemilihan 7 orang wakil ke Perhimpunan UMNO di Kuala Lumpur. proses pengundian berjalan dengan lancar dengan bantuan daripada Perhubungan Negeri (Bahagian Larut) yang diketuai oleh YM Datuk Raja Ahmad.


Dalam agenda ucapan penangguhan, beberapa perwakilan memberi ucapan. antara pekara yang disentuh ialah:
1. Perpaduan UMNO
2. Kekalahan dalam PRU 12
3. Veteren UMNO
4. Isu jalan dan Tanah
5. dan hal-hal setempat yang lain..
Alhamdulillah, sepanjang penulis mengikuti mesyuarat ini, tidak ada perkara buruk yang berlaku.... jumpa lagi pada tahun hadapan.








Sunday, August 9, 2009

SATU LAGI PENGHINAAN

berita ini terima melalui facebook datuk Khusairi Talib...

WANGSA SETIA: SIALAN DAPSY LOKE HINA SULTAN PULA
SETELAH PUAS menghina agama Islam dan pendakwah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah, kini Ketua Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY), Loke Siew Fook di dalam blognya The Might of Pen dengan penuh kebiadaban menghina ...
SETELAH PUAS menghina agama Islam dan pendakwah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah, kini Ketua Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY), Loke Siew Fook di dalam blognya The Might of Pen dengan penuh kebiadaban menghina pula DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda Perak dengan kata-kata 'nyanyuk' dan 'menanti untuk menjadi ahli neraka'.


anda juga boleh melayari : http://74.125.153.132/search?q=cache:zo10B9Kw6jAJ:sjsandteam.wordpress.com/2009/06/11/azlan-the-king-cobra-of-perak/+Nazrin+the+son+of+the+senile+ruler+of+Perak,+take+no&cd=2&hl=en&ct=clnk kalau msg ni tak padam lagi la...

ini menunjukaan bahawa DAP sudah berani bermain dengan api. menghina Sultan kita yang menjadi payung negeri... tetapi saudara kita dari parti PAS sedikit pun tidak mengulas hal ini. sedih! sedih!

tak cukup dengan itu mereka Ketua Pemuda DAP mencerca dan memaki hamun pendakwah Dr. Ridhuan Tee Abdullah? Adakah dia tidak tahu isu ini?

....http://khusairitgmalim.blogspot.com/2009/08/respek-yb-zul-hentam-dapsy.htmlatau di sini :http://khusairitgmalim.blogspot.com/2009/08/sialan-dapsy-loke-hina-sultan-pula.html

pelik kan... penyokong parti Pas sedikit pun tidak tercuit dengan hal ni....

fikir-fikirkan, siapa yang patut di bela n siapa yang takut ditentang

1 MALAYSIA

" 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia."

Thursday, August 6, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO


TARIKH: 1 OGOS 2009
TEMPAT: SM TEKNIK KERIAN
PERASMIAN: DATUK ROSNAH (KETUA WANITA UMNO PERAK)

mesyuarat berjalan dengan lancar sekali tanpa ada kacau bilau yang berlaku, tapi malangnya 3 orang wakil alor pongsu tidak dapat hadir untuk mesyuarat kali ini oleh disebabkan oleh masalah yang tak dapat dielakan. apa yang dapat di perhatikan, para perwakilan sudah ramai yang berani bangun melontarkan pendapat dan kritikan untuk kebaikan bersama. kepada PU3 UMNO bahagian Bagan Serai, Tahniah Diucap kan...








HARI KANTIN SK ALOR PONGSU

TARIKH: 25 JULAI 2OO9
LOKASI: SK ALOR PONGSU

SKAP sekali lagi menganjurkan aktiviti hari kantin bagi mengeratkan silatulrahim antara ibu bapa pelajar dan penduduk setempat. selain gerai jualan, PIBG sekolah dengan kerja sama dengan KEMAS mengadakan pertandingan Gubahan Gula-Gula yang telah dihakimi oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Alor Pongsu.. Pelbagai kretifiviti dapat di pamirkan dalam pertandingan ini. kepada pemenang, tahniah diucapakan .

Tuesday, July 7, 2009

MARI MENGENALI:

KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA



Nama: YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Umur: 37 tahun
Asal: Kota Belud,Sabah
Jawatan: Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian) (Universiti Islam Antarabangsa)



Selepas berjaya memperolehi LL.B Hons daripada UIA pada tahun 1995, beliau telah menjalani latihan dalam kamar di Tetuan Francis Liong & Co dan diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada tahun 1997.

YB Rosnah juga merupakan rakan kongsi firma guaman Tetuan Jeffrey Chu & Shirlin daripada tahun 2002 hingga kini. Kerjaya politiknya bermula sebagai Ketua Puteri UMNO Sabah dari awal penajaan sehinggalah pada tahun 2004, beliau dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia serta menerajui Jawatankuasa Perundangan dan Biro Antarabangsa.

Projek Kalam Untuk Afghanistan yang menyaksikan terbinaanya sebuah sekolah rendah di Kabul adalah di bawah penyeliaaan beliau, setelah di inspirasikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang pertama, YB Datuk Azalina Dato’ Othman Said. Melihat Pergerakan Puteri sebagai tenaga parti yang membudayakan sikap dan memiliki sifat dinamis lagi pragmatis, menyalingsarikan antara nilai-nilai idealis dan realis untuk meneguhkan ketegaran / relevansi parti UMNO di kalangan orang Melayu atau Bumiputera merupakan visi beliau.

Manakalanya misinya untuk memainkan peranan sebagai pendukung usaha kepada melaksanakan semua misi Ketua Pergerakan Puteri UMNO juga segala tanggungjawab, tugasan dan arahan yang diterima daripada kepimpinan tertinggi Parti untuk diterjemahkan melalui Pergerakan Puteri UMNO atas prinsip kesetiaan total terhadap perjuangan dan demi kepentingan Parti UMNO.

dipetik drpd: www.puteri.net.my

Sunday, July 5, 2009

PERTANDINGAN 10 PIN BOWLING ANJURAN BIRO KEAHLIAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI

TARIKH :
5 JULAI 2009
TEMPAT :
PACIFIK (MEGALINK)
PENYERTAAN CAWANGAN:
FIZA (KETUA PU3 CWGN.)
INTAN (AHLI BARU)
SYAFINI (AHLI BARU)
Biro Keahlian Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bagan Serai baru-baru ini mengadakan pertandingan 10 pin bowling yang telah disertai oleh 42 orang ahli Puteri UMNO Bahagian Bagan Serai tidak ketinggalan Cawangan Alor Pongsu turut menghantar 3 orang wakil iaitu, Norhafizah, Intan Syafinaz dan Rosyafini. Setelah cabutan undian di buat, mereka bertiga berpecah mengikut kumpulan yang dicabut:
Fiza > kumpulan 1
Syafini > kumpulan 2
Intan > kumpulan 5
sebanyak 10 kumpulan dapat diwujudkan hasil dari undian tersebut. pelbagai gelagat dapat dilihat, ada yang lucu dan gaya-gaya menarik dapat dipamirkan dalam pertandingan ini.


KEPUTUSAN:

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DISEMPURNAKAN OLEH YB. EN SHAM BIN MAT SAHAT ADUN ALOR PONGSU DAN PUN NORSHUHADA BINTI BAHARUM KETUA PUTERI BAHAGIAN BAGAN SERAI

INTAN MENDAPAT TEMPAT KE-9 KETEGORI INDIVIDU








dan mendapat johan bagi ketegori berkumpulan














FIZA MENDAPAT TEMPAT KE-5 BERKUMPULAN

















SYAFINI MENDAPAT TEMPAT KE-7 KETEGORI BERKUMPULAN


















KAMI SEMUA DAPAT HADIAH !!!!

PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPENA PROGRAM SEPAKAT BESTARI ANJURAN JABATAN PENERANGAN DENGAN KERJASAMA MAJLIS DAERAH KERIAN

sewaktu latihan



Dari kiri, mira, fiza, fini dan intan sedang berehat semasa latihan bola jaring di gelanggang futsal Alor Pongsu 4 JULAI 2009, PADANG BANDARAN PARIT BUNTAR. 4 Ahli Pergerakan Puteri UMNO telah menyertai perlawanan bola jarring anjuran KOMUNITI BESTARI Daerah Kerian. Mereka ialah Fiza, Intan, Fini dan Mira bersama beberapa wanita dan pelajar sekolah mewakili pasukan Komuniti Bestari Mukim Berian.


Pertandingan ini disertai oleh:
1. KOMUNITI BESTARI GUNUNG SEMANGGOL
2. KOMUNITI BESTARI MATANG GERDU
3. KOMUNITI BESTARI KUALA KURAU
4. KOMUNITI BESTARI BAGAN TIANG
5. KOMUNITI BESTARI BERIAH
6. KOMUNITI BESTARI SELINGSING
7. AADK
8. KEMAS
9. PEJABAT DAERAH DAN TANAH
10. RELA
11. JABATAN PERPADUAN
12. Giat MARA



Pasukan KB Beriah menentang Pasukan Jabatan Perpaduan. Pada Separuh masa pertama, pasukan KB Beriah mendahului perlawanan dengan mata 2-1. Namun pada perlawanan separuh masa ke-2 pasukan KB Beriah tewas kepada Jabatan Perpaduan dengan Mata 5-2.

Keputusan Perlawanan
johan : KB Bagan Tiang
n/johan: Pejabat Derah dan Tanah
t.ke-3 : KB Gunung Semanggol










PEKAN SABTU DAN SELASA BERUBAH WAJAH


4 JULAI 2009 membuka satu lembaran baru kepada penduduk Pekan Alor Pongsu yang mana, pasar tempat penduduk tempatan membeli barangan keperluan harian seperti Ikan, daging sayuran, buah-buahan, makanan, pakaian, perhiasan rumah dan sebagainya telah berpindah ke lokasi baru di Jalan Stesyen Alor Pongsu berhampiran dengan Dewan Orang Ramai, Market, Klinik dan Kompleks Geraktani.

Pertukaran lokasi ini menjadikan keadaan pasar lebih sistemetik dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan utama (Jalan Selama).

Thursday, July 2, 2009

Politik

Tuan Aziz Tuan Mat Calon BN Manek Urai
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam satu majlis di Kampung Sok Luar, Manik Urai.

Tuan Aziz yang juga Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar mendapat sokongan padu dari segenap ahli-ahli parti termasuklah Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.



BERITA DIPETIK DARIPADA : http://www.puteri.net.my

LOKASI BARU PEKAN SABTU & PEKAN SELASA

Pekan Sabtu dan Pekan Selasa menjadi lokasi penduduk Pekan Alor Pongsu dan sekitarnya membeli keperlian hari mereka akan berubah lokasi dari tapak lama di tepi Jalan Selama ke tapak baru di tapak yang di sediakan khas untuk perniaga berhadapan dengan Pusat Kesihatan Kecil Alor Pongsu dan Komplek Geraktani Alor POngsu dan berhampiran dengan Gelanggang Futsal Alor Pongsu. ianya berkuat kuasa mulai 4 Julai 2009

IKRAR PUTERI

IKRAR PUTERI

Kami Puteri UMNO berikrar:
Kamilah Puteri Pejuang
Besatu berpadu menempuh halangan
Puteri prihatin harapan bangsa
Berjuang mempertahan pertiwi merdeka

Kamilah Puteri Tiang Negara
Pemangkin aspirasi wanita muda
Tanpa diskriminasi antara kita
Niat kian ikhlas pengukuh jiwa

Kamilah Puteri Pewaris Bangsa
Pemelihara agama juga budaya
Berilmu, beramanah, telus dan setia
Bertanggungjawab berhati mulia

Kami memohon pada Yang Satu
Agar perjuangan mendapat restu
Ayuhlah mara Puteri UMNO ku
Ke mercu kecemerlangan yang kita tuju

LAGU PUTERI

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Dengan bersemangat tabor bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa

Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
PUTERI UMNO terus mara

PUTERI UMNO akan tetap setia
PUTERI UMNO akan terus mara

Lagu dan Lirik : Edry/Yusry/Norman (KRU)