Sunday, August 16, 2009

PUTERI LESTARI

ANJURAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI
DENGAN KERJASAMA
JASA & BTN
DIRASMI OLEH
DATO' ZAILI BIN CHA
KETUA UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI
Tarikh:16 Ogos 2009
Bertempat: Dewan Komuniti Bagan Serai
Masa: 9.00pg - 5.00 ptg




















Penglibatan: Remaja Perempuan berusia dari 15-35thn dan ahli Pergerakan Puteri UMNO dari Cawangan-cawangan di Bahagian Bagan Serai.







Ceramah Pertama: Keterampilan Diri
Penceramah:
Puan Syarifah Nurhaniza Binti Syed Abdul Aziz
Pegawai JASA Larut Matang Selama
Ulasan:
Ceramah yang sangat berguna kepada peserta yang meningkat remaja dalam mencari identiti diri. Memberi pengetahuan bagaimana seorang remaja perempuan menjaga keterampilan diri budi bahasa dan sesusilaan. Mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat oleh seorang remaja. Memupuk semangat remaja agar menyayangi diri sendiri dan mencegah diri daripada terjebak dengan masalah sosial pada zaman ini. Apa yang dapat diperhatikan, penceramah berjaya menarik minat para peserta untuk menilai diri tahap mana prestasi diri mereka. dari maklum balas diperolehi daripada ceramah ini, para peserta amat menyukai cara penyampaian dan isi yang disampaikan...


Ceramah ke-2:
1 Malaysia dan cabaran
Penceramah:
En. Noorazni Bin Yahya
Biro Tatanegara
Ulasan:
Mengetengahkan aspirasi Perdana Menteri Malaysia Dato'Sri Najib Tun Razak iaitu 1 Malaysia,konsep dan perlaksanaannya.Mengingbau sejarah Malaysia dari ZamanKegemilangan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris,Jepun, Komunis sehinggalah Tanah Melayumencapai kemerdekaan. Menceritakan bagaimana penubuhan UMNO dan juga menerangkan natijah sekiranya kita tidak bersatu.
Ceramah Ke-3
Tatacara Pengendalian Majlis
Penceramah:
Tn Hj Abdul Majid Bin RamliTimbalan Pengarah JASA Perak.
Ulasan:
Satu sesi yang amat berguna kepada peserta kerana dapat berkongsi pengalaman dan pengetahui daripada seorang yang begitu berpengalam dalam menjadi pengacara majlis terutama dalammajlis yang melibatkan DYM Seri Sultandan pembesar negera. pencerama tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan mengetahuan yang yang dimiliki agar pelapis dapat dicungkil bakatnya dan diketengahkan. Para peserta mempelajari, protokol dan persiapan untuk menjadi pengacara majlis.










No comments:

Post a Comment